top of page

FAKTOR MEMPENGARUHI KEUNTUNGAN PELABURAN EMAS

Sejak dahulu, masyarakat mengakui emas adalah aset yang berharga dan menguntungkan.



Kerana itu, wujud pihak tidak bertanggungjawab yang menjadikan emas sebagai 'topeng' untuk melakukan penipuan, scam dan sebagainya.


Pelbagai teknik digunakan untuk mengaburi mata mangsa seperti skim emas tangguh, menggunakan sistem pajak gadai dan sebagainya. Modus operandi mereka sama, menawarkan pelaburan berkonsepkan emas dengan pulangan berlipat kali ganda yang tidak masuk akal.


Hakikatnya, jika masyarakat faham tentang ilmu emas dan asas pelaburan emas, tidak mungkin scammer dan penipu ini akan berjaya.


Konsep asas pelaburan emas adalah mudah! Beli emas mesti dapat emas dan keuntungan pelaburan emas datangnya dari pergerakan harga emas semasa semata mata.

Jika datang kepada anda tawaran pelaburan emas dengan keuntungan yang datangnya dari selain pergerakan harga emas semasa, anda dinasihatkan untuk lari jauh jauh. Sebelum duit anda yang semakin menjauh dari anda.


 

PERGERAKAN HARGA EMAS SEMASA


Harga emas bergantung kepada pergerakan harga emas dunia atau 'spot gold'. Anda boleh semak harga 'spot gold' secara 'real-time' di https://www.kitco.com/ atau https://goldprice.org/



Harga emas sentiasa naik dan turun hampir setiap saat tetapi dalam jangka masa panjang, kenaikannya mengatasi penurunan harga.
Kerana itu, pakar kewangan menyarankan untuk menyimpan emas sekurang kurangnya untuk tempoh 3 tahun dan ke atas berdasarkan trend pergerakan harga sejak 20 tahun yang lalu.


 

FAKTOR MEMPENGARUHI PERGERAKAN SPOT GOLD


Berbeza dengan matawang yang boleh dimanipulasi, harga emas tidak boleh dimanipulasi dan tiada seorang pun manusia termasuk pakar kewangan yang mampu meramal secara tepat kenaikan atau penurunan harga emas.


Antara faktor-faktor yang mempengaruhi kenaikan dan penurunan harga emas adalah :

 

1) PERMINTAAN DAN PENAWARAN EMAS DUNIA


Faktor utama yang mempengaruhi harga emas dunia ialah jumlah permintaan terhadap emas dan jumlah penawaran emas di dalam pasaran. Jika permintaan terhadap emas meningkat maka harganya akan naik, tapi bila permintaan menurun maka harganya menurun.

Permintaan pasaran terhadap emas terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:


1. Untuk kegunaan industri 2. Untuk kegunaan pelaburan 3. Permintaan daripada bank-bank negara sebagai rizab negara 4. Permintaan untuk kegunaan sebagai barang kemas 5. Lain-lain kegunaan


Penawaran emas di pasaran dunia.


Penawaran emas di dalam pasaran pula datangnya daripada:


1. Lombong emas di seluruh dunia 2. Penjualan rizab emas oleh bank pusat 3. Emas terpakai yang digunakan semula


Jadi, perbezaan diantara penawaran dan permintaan emas inilah yang akan menentukan turun-naiknya harga emas di dalam pasaran dunia. Jika sesuatu negara membeli emas, harga emas akan naik dan sebaliknya.


Namun begitu,dalam jangkamasa panjang harga emas akan sentiasa naik kerana pengeluarannya semakin berkurang, permintaannya pula semakin tinggi kerana populasi manusia semakin bertambah dan pertambahan penggunaannya dalam dunia moden seperti alat elektronik dan sebagainya.

 

2) KEADAAN EKONOMI DUNIA


Keadaan ekonomi dunia mempengaruhi harga emas terutama negara-negara yang sinonim dengan emas seperti cina, india, amerika, negara eropah dan sebagainya.


Sebarang insiden besar ataupun bencana yang berlaku pada negara tersebut akan mempengaruhi harga emas.







Harga emas akan naik ketika ekonomi dalam keadaan teruk, seperti kejatuhan ekonomi dunia, kejatuhan matawang dollar dan sebagainya.

 

3) HARGA DOLLAR U.S


Harga dolar u.s berkadar songsang dengan harga emas. Jika harga Dollar amerika semakin jatuh, harga emas akan naik dan sebaliknya.


Untuk itu, kita perlu mengambil tahu berita atau aktiviti ekonomi negara u.s. Berita berkaitan harga emas boleh dirujuk di www.kitco.com ataupun mana-mana laman web yang berkaitan dengan emas .


 

4) HARGA EURO DAN MATAWANG DUNIA


Dollar U.S sentiasa berlawanan dengan euro. Jika harga euro rendah, maka harga dollar us akan naik tinggi dan sebaliknya.


Jadi sebarang krisis yang berlaku di negara eropah yang menggunakan matawang euro akan mempengaruhi harga emas.


Untuk mengetahui perkembangan matawang euro, anda boleh rujuk www.forex.com.


 

5) Situasi Politik Dunia


Politik dunia seperti saat Amerika melakukan perebutan kuasa ke atas Iraq dan terjadinya perang antara Rusia dan Ukraine juga memberi kesan terhadap harga emas.


Pada saat itu, orang ramai khuatir akan kesan peperangan ke atas ekonomi dunia, akibatnya pelabur pelabur mula beralih kepada emas menyebabkan permintaan ke atas emas meningkat sekaligus mengakibatkan kenaikan harga emas.


 

KESIMPULAN


Emas adalah komoditi unik dimana harganya dipengaruhi oleh banyak faktor. Kerana itu, harga emas adalah lebih stabil dan selamat berbanding komoditi atau pelaburan lain.


Contoh, jika berlaku krisis ekonomi atau penurunan wang euro, harga emas akan turun. Bila harga emas rendah, permintaan emas akan meningkat kerana harganya yang rendah. Permintaan yang tinggi terhadap emas akan menaikkan semula harga emas.


Kerana itu, pelaburan emas dipanggil 'safe haven asset' kerana nilainya diyakini akan terus meningkat dalam jangkamasa panjang.


Namun begitu, anda perlu berhati hati dalam memilih platform pelaburan emas bagi mengelakkan ditipu. Jika datang kepada anda tawaran untuk melabur emas, pastikan keuntungan ditawarkan datangnya dari pergerakan harga emas dan bukannya perkara lain.

Jalan paling selamat, pastikan anda menerima emas fizikal apabila anda membeli emas berkenaan.


 

NAK MULAKAN SIMPANAN EMAS?


Dahulukala, masyarakat memandang emas sebagai pelaburan yang hanya boleh dilakukan oleh golongan kayangan kerana harga setiap jongkong emas yang sangat tinggi.



Tapi, dengan akaun GAP Public Gold, anda boleh menabung emas serendah RM100 sahaja.


  • Tiada komitmen bulanan.


  • Boleh keluarkan emas fizikal pada bila bila masa.


  • Patuh syariah


Untuk maklumat lanjut, baca penerangan berkenaan akaun GAP di sini : https://www.gappublicgold.com/gap




Bukan emas yang menjadikan kita kaya, tapi ilmu. Simpanlah emas dengan ilmu dan bukannya nafsu!
248 views2 comments

2 Comments


Guest
Apr 04, 2023

Boleh tuan guide mcm mana nak mula ya? Tq

Like
Dr Ainuddinwahid
Dr Ainuddinwahid
Apr 04, 2023
Replying to

Untuk mulakan simpanan emas, tuan/puan boleh click "klik untuk daftar" pada bahagian atas website saya dan ikut tutorial step by step cara bermula disediakan. Saya sarankan sebelum tuan/puan mulakan simpanan baca dahulu penerangan saya berkenaan simpanan emas melalui akaun GAP di sini https://www.gappublicgold.com/gap

Like
bottom of page