
Bagi penyimpan emas tegar, ketakutan terbesar mereka adalah kehilangan emas yang dimiliki sama ada disebabkan terlupa simpan di mana ataupun dirompak.
Simpan emas sebenarnya lebih mudah berbanding simpan duit kertas.
Cuma bagi mereka yang baru mula menyimpan emas, mereka rasa takut kerana bagi mereka, nilai emas itu sangat tinggi sedangkan simpan kereta, 'handphone', laptop dan barang berharga lain lebih berisiko berbanding menyimpan emas.
Jadi, dalam posting kali ini, saya akan kongsikan tips tempat terbaik untuk menyimpan emas.
Pilihan Terbaik
Untuk menyimpan emas, kita mempunyai 3 pilihan bergantung kepada keselesaan kita iaitu samada :
1 - Simpan sendiri.
2 - Sewa safe deposit box.
3 - Gold Accumulation Program
Simpan Sendiri.
Bagi mereka yang mempunyai simpanan emas dalam jumlah yang sedikit, simpan sendiri di rumah adalah lebih praktikal.
Syiling 1 dinar saiznya lebih kecil dari syiling 10 sen. Jadi, untuk menyimpan goldcoin 1 dinar, sebenarnya lebih mudah dari simpan duit atau barang berharga lain.
Tempat paling selamat untuk simpan emas di rumah adalah tempat yang tersorok dan tidak terjangka dek pemikiran orang lain seperti soket dinding, pam tandas, tin biskut, peti ais, dalam lampu, dalam pasu dan sebagainya.

Mungkin juga boleh dipecahkan kepada beberapa tempat berbeza. Contohnya untuk 30 keping goldcoin 1 dinar, simpan 10 keping di dalam soket dinding, 10 keping dalam lampu dan 10 keping dalam pasu. Jadi, kita mampu meminimumkan kerugian andai kata rumah kita dipecah masuk.
Paling penting, khususkan hanya beberapa tempat sahaja dan jangan terlalu kerap bertukar tempat bagi mengelakkan kita terlupa di mana lokasi simpanan kita.
Jangan terlalu kreatif menyimpan di tempat yang mustahil difikirkan hinggakan kita sendiri tak terfikir di mana kita simpan emas kita.
Sewa Safe Deposit Box
Bagi yang mempunyai jumlah simpanan emas yang banyak, simpan di Safe Deposit Box adalah paling selamat dan kita mampu tidur dengan lena tanpa perlu bimbang emas itu hilang atau dicuri.

Namun begitu, semestinya terdapat caj dan yuran dikenakan bagi menyewa safe deposit box.
Di bawah saya kongsikan beberapa syarikat yang menawarkan khidmat sewaan safe deposit box beserta harga sewaan (harga ditunjukkan adalah berdasarkan caj dikenakan beberapa tahun lepas dan mungkin berbeza pada hari ini)
ROYAL SAFE DEPOSIT BOX
Lokasi : Bandar sunway, PJ.

Caj :
SIZE | HARGA |
5" x 5' x 23" | RM270 / tahun |
3" x 10" x 23" | RM330 / tahun |
5" x 10" x 23" | RM410 / tahun |
10" x 10" x 23" | RM480 / tahun |
Refundable key deposit fee : RM250
Break box charge due to lost key : RM300 (key deposit is not refundable)
SAFE DEPOSIT BOX SDN BHD
Lokasi : Damansara perdana & The Summit, Subang
Caj :
SIZE | HARGA |
3" x 5" x 24" | RM130 / TAHUN |
5" x 5" x 24" | RM150 / TAHUN |
3" x 10" x 24" | RM170 / TAHUN |
5" x 10" x 24" | RM200 / TAHUN |
10" x 10" x 24" | RM250 / TAHUN |
Refundable key deposit fee : RM200
Break box charge due to lost key : RM250
OCBC BANK
Cawangan : Ampang, Batu Pahat, Ipoh Main, Jalan Yang Kalsom, JB, KL Main, Klang, Kluang, KB, KK, Kuantan, Kuching, Melaka, Muar, Penang, PJ, Segamat, Seremban, Subang Jaya, Taiping, Teluk Intan.
Caj :
SIZE | HARGA |
Small | RM150 / TAHUN |
Medium | RM250 / TAHUN |
Large | RM400 / TAHUN |
Key deposit : RM170
Stamp Duty : RM10
Simpanan Emas GAP
Selain dari 2 pilihan di atas, 1 lagi alternatif yang ada adalah menabung emas melalui akaun GAP Public Gold.

Melalui akaun GAP Public Gold, kita boleh beli emas serendah RM100 atau lebih bergantung kepada kemampuan kita. Jumlah pembelian kita akan ditukarkan kepada gram emas berdasarkan harga emas semasa.

Sebagai contoh, pada 14 April 2023, harga semasa adalah RM311/gram. Jika kita membeli emas dengan jumlah RM300 (contohnya), kita akan menerima 0.9646gram emas.
Setiap kali kita membuat pembelian, jumlah gram emas dalam akaun simpanan kita akan bertambah berdasarkan harga emas semasa pada hari pembelian.
Jumlah simpanan emas yang telah kita kumpul boleh dipantau melalui aplikasi Public Gold.
Emas yang dibeli akan disimpankan oleh Public Gold TANPA SEBARANG CAJ SIMPANAN dan dilindungi insurans (Lonpac Insurans).
Walau bagaimanapun, emas fizikal boleh dikeluarkan pada bila bila masa jika kita mahu.
Untuk maklumat lanjut berkenaan akaun emas GAP, baca di sini https://www.gappublicgold.com/gap
Kesimpulan
Dalam pemilihan lokasi di mana tempat simpanan emas kita yang terbaik, kriteria utama yang perlu diambil kira adalah 'peace of mind' di mana kita mampu tidur lena tanpa perlu risaukan tentang risiko kehilangan emas simpanan kita.
Jika kita tidak mahu ambil risiko, simpan di safe deposit box adalah yang terbaik. Tapi, jika kita mahu berjimat dari segi kos atau upah simpan, menabung di akaun GAP adalah lebih sesuai.
Yang penting, pastikan anda maklumkan kepada pasangan atau waris anda yang boleh dipercayai, di mana lokasi simpanan emas anda.
Beberapa tahun lepas, berlaku kejadian di mana salah seorang pembeli emas Public Gold membeli emas dengan nilai hampir RM2 juta. Apabila dia meninggal dunia akibat serangan jantung, isteri dan anak anaknya tidak tahu di mana dia sorokkan emas berkenaan.
Akibatnya, emas emas si mati tidak dapat diwariskan kepada keluarga.
Semoga bermanfaat,
Tunwadie & Ciwa Mua
017-903 4036
Comments