top of page

OUTRIGHT PURCHASE

emas fizikal 24 karat
Miliki Emas Fizikal Dengan Bayaran Penuh Atau Secara Bulanan

ADAKAH ANDA INGIN MULAKAN SIMPANAN EMAS TAPI ANDA...
 
  • Tidak mahu simpan melalui akaun emas GAP?

  • Lebih suka simpan emas fizikal sendiri?

  • Ingin beli emas fizikal tapi tiada bajet yang cukup?

  • Ingin beli emas fizikal dengan bayaran bulanan?

  • Ingin 'lock' harga emas dan buat bayaran bulanan berdasarkan harga yang anda 'lock'? 

Jika anda sedang alami masalah masalah di atas, anda wajib fahami pembelian emas secara 'Outright Purchase' kerana kaedah pembelian ini mampu membantu anda!


APA ITU OUTRIGHT PURCHASE?
 

📌Konsep pembelian emas secara Outright Purchase adalah pembelian emas fizikal samada goldbar atau dinar secara terus.

📌Outright Purchase berbeza dengan simpanan melalui akaun emas GAP di mana anda boleh membeli dan mengumpul gram emas sedikit demi sedikit serendah RM100 melalui akaun GAP.

📌Kaedah ini sesuai untuk pembelian emas bernilai RM1,000 atau lebih iaitu : 

  • Goldbar : 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram, 250 gram dan 1kg.

  • Dinar : 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar.

📌Setelah bayaran selesai dibuat, anda boleh tuntut emas anda dengan cara : 

  • Emas dengan berat 21.25 gram atau kurang : postage berinsurans (GIT)

  • Emas dengan berat melebihi 21.25 gram : hadir ke cawangan Public Gold terdekat.

kaedah pembelian emas fizikal public gold

KELEBIHAN OUTRIGHT PURCHASE
 

KAEDAH PEMBAYARAN
 

Terdapat 2 pilihan kaedah pembayaran mampu milik disediakan untuk pembelian melalui Outright Purchase iaitu : 

BAYARAN PENUH

OUTRIGHT PURCHASE
(FULL PAYMENT)
Outright-Normal-Purchase-Public-Gold (1).png

Sesuai untuk modal melebihi RM1,000

"Cash & carry"

Buat bayaran penuh & terus dapat emas

BAYARAN BULANAN

OUTRIGHT PURCHASE
(SYARIAH EASY PAYMENT)
Syariah-Easy-Payment-Purchase-Public-Gold.png

Sesuai untuk paksa diri menabung emas

Bayar berperingkat selama 6 atau 10 bulan

Terima emas fizikal selepas selesai bayaran

📌Kaedah bayaran ini sesuai jika anda mempunyai wang tunai yang cukup untuk membeli emas fizikal secara terus.

📌Anda hanya perlu membayar harga semasa emas fizikal yang anda pilih dan caj Gold Premium.


KAEDAH PEMBAYARAN I 
FULL PAYMENT

 

📌Anda boleh 'lock' harga dengan membuat tempahan dan buat  bayaran dalam tempoh selewatnya 7 hari.

📌Sekiranya tiada bayaran dibuat dalam masa 7 hari atau anda ingin batalkan tempahan, caj pengurusan sebanyak 10% dari harga tempahan akan dikenakan.

pembelian emas melalui bayaran bulanan

CONTOH TRANSAKSI
 
kaedah bayaran penuh public gold

📌Sebagai contoh, anda baru menerima wang pencen dan ingin tukarkan kepada jongkong emas 1 kilogram.

📌Anda membuat tempahan jongkong emas 1 kilogram melalui aplikasi Public Gold pada 27 Februari 2022.

📌Harga jongkong emas 1 kilogram ketika itu adalah RM271,769.

📌Anda boleh membuat bayaran jumlah berkenaan melalui 'online transfer' atau cek.

📌Selesai membuat bayaran, anda hanya perlu 'set appointment' melalui aplikasi untuk hadir ke cawangan Public Gold terdekat.

📌Hadir ke cawangan Public Gold mengikut masa ditetapkan untuk tuntutan emas anda.


KAEDAH PEMBELIAN II
EASY PAYMENT PURCHASE - EPP

 

📌EPP adalah kaedah pembelian emas fizikal melalui bayaran secara bulanan samada selama 6 bulan atau 10 bulan (jika ada promosi).

 

📌Kaedah ini sesuai jika anda mempunyai pendapatan tetap setiap bulan dan hanya boleh dibuat untuk emas yang bernilai RM1,000 dan ke atas.

📌Kelebihan EPP adalah anda boleh 'lock' harga emas mengikut harga emas semasa ketika anda membuat tempahan.

📌 Walaupun harga emas pada bulan berikutnya naik tinggi, anda tetap hanya perlu bayar berdasarkan harga yang dikunci.

📌Anda hanya perlu membayar harga semasa emas fizikal yang anda pilih, caj Gold Premium dan EPP Premium.

📌Bayaran bulanan EPP perlu dibuat pada atau sebelum tarikh ditetapkan dalam jadual pembayaran. 

📌Jika anda ingin batalkan tempahan atau tiada bayaran dibuat selewat-lewatnya 7 hari selepas tarikh ditetapkan (tempahan akan dibatalkan), caj pengurusan sebanyak 10% dari harga tempahan akan dikenakan.

testimoni penyimpan emas public gold

CONTOH TRANSAKSI
 

CONTOH : 

  • Harga 1 dinar termasuk gold premium dan epp premium pada 26 Januari 2023 adalah RM1,231.

  • Untuk EPP 10 bulan, anda hanya perlu bayar RM142 untuk bulan pertama dan RM121 sebulan untuk 9 bulan berikutnya.

  • Walaupun harga emas pada bulan berikutnya naik lebih tinggi, anda tetap perlu bayar berdasarkan jadual yang ditetapkan tanpa sebarang perubahan.

  • Anda boleh bayar lebih jika mahu contohnya bayar untuk 3 bulan sekaligus dan sebagainya.

  • Apabila selesai semua bayaran (walaupun lebih awal dari jadual), anda boleh terus tuntut emas anda.

pembelian emas melalui epp

📌Untuk pembelian melalui kaedah EPP 6 bulan, anda boleh buat tempahan pada bila bila masa.

📌Untuk pembelian melalui kaedah EPP 10 bulan pula, tempahan hanya boleh dibuat ketika berlangsungnya Promosi EPP 10 bulan.

Untuk mendapatkan makluman berkenaan Promosi EPP 10 bulan, sertai channel telegram di bawah bagi mendapatkan update terkini.


KELEBIHAN EPP vs GAP
 

📌 Kelebihan utama EPP adalah kebolehan untuk 'lock' harga emas yang anda ingin beli ketika harga rendah.

📌 Walaupun harga emas pada bulan berikutnya naik tinggi atau turun lebih rendah, anda tetap perlu bayar berdasarkan harga emas yang telah dikunci.

📌 Berikut adalah contoh perbezaan pembelian gold bar 100 gram melalui akaun GAP dan EPP bagi tempoh yang sama iaitu dari September 2022 hingga June 2023.

kelebihan epp berbanding gap

PREMIUM
 

Public Gold tidak mengenakan sebarang caj tersembunyi.

📌 Harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan emas yang anda inginkan hanyalah : 

  • Harga emas fizikal : berdasarkan harga emas semasa.
  • Gold Premium : caj pengurusan bagi penghasilan produk akhir.

📌 Kadar Gold Premium adalah tetap bergantung kepada berat emas.

📌 Untuk kemudahan pembelian emas melalui Easy Payment Purchase, terdapat caj tambahan kecil iaitu EPP Premium.

gold premium apabila membeli emas

  • Untuk pembelian emas melalui akaun GAP, bayaran Gold Premium hanya perlu dibayar semasa anda ingin mengeluarkan emas fizikal dari akaun GAP.

  • Untuk pembelian emas melalui EPP, bayaran Gold Premium dan EPP Premium dimasukkan terus ke dalam jumlah bayaran untuk bulan pertama.


TUNTUTAN EMAS FIZIKAL
 

Terdapat 2 kaedah tuntutan emas fizikal bergantung kepada jumlah berat emas yang ingin dituntut iaitu : 

GOLD IN TRANSIT (GIT)

gold-in-transit.jpg

Untuk emas dengan berat 21.25gram atau kurang.

Emas terus dihantar ke alamat pilihan anda.

Emas baru akan diganti jika hilang semasa penghantaran.

Caj GIT : RM10 (SM), RM15 (SS)

TUNTUTAN EMAS DI CAWANGAN

Cawangan-Public-Gold-Baru-Alor-Setar_edi

Untuk emas dengan berat melebihi 21.25gram.

Tuntut emas anda di cawangan Public Gold terdekat.

Tetapkan temujanji melalui apps sebelum hadir.


HUKUM PEMBELIAN MELALUI EPP
 

Kaedah pembelian melalui EPP telah disahkan patuh syariah oleh panel syariah iaitu Amanie Advisors Sdn Bhd.

Untuk memahami prinsip syariah yang digunakan untuk urusan pembelian secara EPP, tonton penerangan dari Dr Ahmad Sufian, pensyarah kanan akademi pengajian islam universiti Malaya.


PENJUALAN EMAS FIZIKAL
 

Emas fizikal Public Gold boleh dijual di mana mana kedai emas.

📌 Harga yang ditawarkan adalah berbeza bagi setiap kedai emas bergantung kepada kadar spread yang dikenakan oleh kedai emas berkenaan.

📌 Spread adalah perbezaan antara harga beli vs harga jual emas berkenaan.

Bagi mendapatkan harga jual tertinggi, anda dinasihatkan untuk jual semula kepada Public Gold.

📌 Public Gold menawarkan spread terendah antara 6% ke 9% bergantung kepada berat emas.

📌 Public Gold menawarkan jaminan beli semula walaupun emas anda tercalar atau kemek dengan harga sama seperti emas yang sempurna.

📌 Untuk menjual emas fizikal kepada Public Gold, hadir ke mana mana cawangan Public Gold terdekat.

 

spread apabila menjual emas public gold

DAH BERSEDIA UNTUK MULAKAN SIMPANAN EMAS?
 

Jika anda sudah faham, klik butang di bawah untuk tutorial cara untuk memulakan simpanan emas.

Jangan ditunggu-tunggu lagi kerana harga emas tidak akan menunggu kita.

Mula dahulu walaupun sekecil 1 gram atau RM100 dan perlahan-lahan menabung sehingga matlamat simpanan anda tercapai.

bottom of page