Hye, saya Tunwadie & Ciwa Mua
Kami merupakan Star Founder Master Dealer Public Gold sejak tahun 2020.
Kami telah membimbing lebih 2,000 penyimpan emas dari Malaysia, Indonesia, Singapura, United Kingdom dan Australia.
Tanggungjawab kami adalah memastikan anda dapat menyimpan emas dengan kaedah yang betul serta membantu melancarkan urusan anda dengan Public Gold.
KENALI PUBLIC GOLD
Public Gold ditubuhkan pada tahun 2008.
Ibu pejabat Public Gold terletak di Pulau Pinang dengan 18 cawangan di seluruh Malaysia dan 5 cawangan di Indonesia.
Public gold menyediakan dan menguruskan aktiviti perdagangan emas yang merangkumi perlombongan dan penapisan emas.
Public Gold merupakan syarikat jual beli emas di Malaysia yang berkredibiliti tinggi.
Sehingga penghujung 2023, keahlian Public Gold telah mencecah lebih 1 juta keahlian dari seluruh dunia.
ANAK SYARIKAT PUBLIC GOLD
KELEBIHAN PUBLIC GOLD
Public Gold adalah syarikat jual beli emas pertama di dunia mendapat sijil kepatuhan syariah.
📌 Dipantau oleh panel syariah Amanie Advisors Sdn Bhd.
📌 Sijil kepatuhan syariah mula dikeluarkan pada 29 September 2019 dan diaudit setiap tahun.
Patuh Syariah
15
Tahun Beroperasi
23
Cawangan Dalam & Luar Negara
1,129,000
Ahli Berdaftar
PILIHAN EMAS FIZIKAL
Bar Kecil
5 gram, 1/4 dinar, 1 gram & 0.5 gram
Set Dinar
1/2 dinar, 1 dinar, 5 dinar & 10 dinar
Bar Emas
10 gram, 20 gram, 50 gram & 100 gram
Jongkong Emas
250 gram & 1 kilogram
3 CARA PEMBELIAN EMAS MAMPU MILIK
SOALAN LAZIM
-
ASB, Tabung Haji, atau emas, yang mana lebih baik?Untuk simpanan jangka pendek (kurang 2 tahun), ASB atau Tabung Haji lebih baik. Pulangannya konsisten sekitar 4% - 5% setahun. Tapi untuk jangka panjang, emas lebih baik. Nilainya lebih terjamin dan tak terjejas walau apapun keadaan ekonomi atau politik sesebuah negara. Walaupun harga emas ada turun naik dalam jangka pendek, tetapi sejarah 20 tahun menunjukkan harga emas naik secara purata sekitar 10% setahun. Harga emas confirm akan naik dalam jangka panjang disebabkan faktor inflasi dan kejatuhan ringgit. Duit simpanan jangka pendek, simpanlah dalam ASB atau Tabung Haji. Untuk jangka panjang, simpanlah dalam bentuk emas.
-
Adakah harga emas akan sentiasa naik dari masa ke semasa?Untuk jangka pendek, harga emas sentiasa ada turun naik. Tetapi dalam jangka panjang, harga emas sentiasa naik. Ini disebabkan nilai duit kertas sentiasa menyusut dalam jangka panjang disebabkan inflasi dan kejatuhan nilai ringgit. Sejarah 20 tahun menunjukkan harga emas naik secara purata sekitar 10% setahun. Harga emas akan terus naik dalam jangka panjang selagi mana sistem wang kertas (wang fiat) digunakan. Selagi kerajaan terus mencetak wang (yang menyebabkan nilainya semakin menurun), selagi itulah harga emas akan terus naik. Kalau harga barangan keperluan harian pun confirm akan naik dalam jangka panjang (disebabkan nilai duit semakin menurun), inikan pula emas, hartanah dan aset-aset fizikal yang lain.
-
Adakah emas ada dividen seperti ASB atau Tabung Haji?Tidak ada. Emas tidak ada dividen macam ASB atau Tabung Haji. Kalau pelaburan emas yang tawarkan dividen atau pendapatan bulanan atau tahunan, itu semua adalah skim penipuan.
-
Bagaimana cara dapatkan keuntungan dengan simpanan emas?Asasnya "beli harga rendah, jual harga tinggi". Jadikan emas sebagai simpanan jangka panjang, sekurang-kurangnya 2 tahun dan ke atas. Walaupun harga emas ada turun naik dalam jangka pendek, tetapi sejarah 20 tahun menunjukkan harga emas secara purata naik sekitar 10% setahun. Harga emas akan sentiasa naik dalam jangka panjang kerana nilai duit kertas sentiasa merosot dari tahun ke tahun disebabkan inflasi dan kejatuhan ringgit.
-
Bagaimana emas menjadikan penyimpannya bertambah kaya?Selain harga emas makin lama makin mahal, duit simpanan tak lagi bocor. Bahkan jumlah simpanan bertambah dengan cepat. Bila duit sudah ditukarkan menjadi emas, secara automatik kita hilang nafsu berbelanja - sebab "nombor" yang menggoda telahpun hilang. Yang nampak cuma kepingan-kepingan emas yang cantik, yang membuatkan kita ketagih untuk kumpul emas lebih banyak, lagi dan lagi. 'Ketagih' menyimpan dan hilang nafsu berbelanja (dengan duit yang sudah ditukar jadi emas) itulah yang membuatkan penyimpan emas bertambah kaya. Selain dari harganya yang semakin mahal dari tahun ke tahun.
-
Apakah kelebihan emas berbanding aset lain?Emas boleh dijadikan 'ubat mujarab' untuk penyakit boros dan masalah simpanan yang sentiasa bocor. Emas penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia. Simpan emas, kekayaan kita selamat dari inflasi dan risiko kejatuhan ringgit dalam jangka panjang. 1 dinar masih mampu membeli seekor kambing sejak 1400 dulu hingga sekarang, sedangkan nilai duit semakin kecil dari tahun ke tahun. Emas adalah aset fizikal mampu milik. Tidak seperti hartanah, kita boleh memiliki emas walaupun dengan bajet kecil, sekecil item 1 gram (bajet sekitar RM300). Emas adalah aset kewangan yang tidak boleh dibekukan oleh kerajaan. Orang bankrup ataupun sesiapa namanya disenarai-hitamkan juga boleh memiliki emas. Ia aset terbaik untuk sorokkan kekayaan dan sebagai benteng terakhir kewangan keluarga kerana tidak ada siapa yang tahu berapa banyak emas yang kita miliki.
-
Berapakah jumlah simpanan emas setiap orang patut ada?Letakkan target sekurang-kurangnya 100 gram emas untuk satu keluarga. Bila sudah capai 100 gram pertama, target seterusnya ialah memiliki 1 kilogram emas untuk satu keluarga. Mulakan tabiat simpan 1 gram 1 bulan dulu. Menurut pakar kewangan Tuan Azizi Ali, setiap kita patut simpan sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah kekayaan (nett worth) kita dalam bentuk emas sebagai benteng terakhir kekayaan kita. Ini disebabkan nilainya terjamin dan tidak terjejas walauapapun keadaan ekonomi ataupun politik sesebuah negara. Jadikan emas sebagai benteng terakhir kewangan keluarga. Tidak ada siapa tahu berapa banyak simpanan emas yang kita ada, dan simpanan emas kita itu tidak boleh dibekukan oleh kerajaan sebagaimana aset-aset yang lain (jika jatuh muflis atau nama disenarai-hitamkan).
-
Apakah yang perlu diketahui untuk elak kerugian?Simpanan emas tiada pendapatan bulanan atau tahunan macam dividen ASB/ Tabung Haji. Yang ada cuma, beli harga rendah dan jual harga tinggi untuk dapat keuntungan. Mana-mana pelaburan emas yang menjanjikan pendapatan, itu semua scam. Beli emas mesti dapat emas (fizikal), sama macam beli emas di kedai-kedai emas. Emas itu kita boleh simpannya sendiri, tanpa ada syarat mesti simpan dengan mana-mana syarikat untuk tempoh tertentu. Emas sesuai untuk simpanan jangka panjang, sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas. Emas tak sesuai dibeli dengan duit yang nak digunakan pada waktu terdekat. Sejarah 20 tahun harga emas menunjukkan harga emas naik secara purata 10% setahun. Beli emas bermaksud simpan duit. Beli emas duit tak habis. Bila nak pakai duit, boleh jual atau pajak sahaja pada bila-bila masa. Transaksi jual beli emas terdedah kepada risiko terkait dengan aktiviti "gubahan wang haram" (AMLA) yang dipantua selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Untuk elakkan ditipu atau terkait dengan isu AMLA, pastikan jual beli emas hanya dengan syarikat yang sudah trusted dan berkredibiliti sahaja. Bukan dari mana-mana individu yang tidak dikenali.
-
Berapakah jumlah emas yang dikenakan zakat?Emas simpanan dikenakan zakat 2.5% sekiranya cukup 85 gram (bersamaan 20 dinar), dan disimpan untuk tempoh minimum 1 tahun (berdasarkan kalendar hijrah). Barang kemas juga dikenakan zakat sekiranya jumlah emas tersebut melebihi uruf yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam (mengikut negeri masing-masing). Maklumat lanjut tentang cara pengiraan zakat, sila rujuk di https://www.zakat.com.my/info-zakat/jenis-jenis-zakat/zakat-emas
-
Barang kemas, gold bar, ataupun dinar, yang mana lebih baik?Kalau beli emas untuk tujuan simpanan atau pelaburan, gold bar atau dinar (berketulenan 999.9) lebih menguntungkan. Harga beli emas 999 (per gram) lebih murah sekitar 15% berbanding barang kemas. Spread (‘susut nilai’) juga jauh lebih rendah (kurang dari 10%). Barang kemas tak sesuai untuk tujuan simpanan ataupun pelaburan. Ia cuma sesuai untuk perhiasan. Harganya lebih mahal, dikenakan caj upah tukang, dan spreadnya sangat tinggi (sekitar 25% - 40%). Ia merugikan.
-
Apa perbezaan antara dinar dengan gold bar?Sama sahaja antara gold bar dan dinar dari sudut potensi keuntungan. Harga per gram sama, spread ('susut nilai') sama. Ketulenan pun sama (ketulenan 999.9). Bezanya cuma bentuk bulat & segi empat saja. Dari segi kiraan berat, setiap 1 dinar beratnya 4.25 gram.
-
Emas digital atau emas fizikal, yang mana lebih baik?Semua pakar kewangan mencadangkan untuk membeli emas fizikal. Tidak seperti penyimpan emas digital, penyimpan emas fizikal masih berpeluang menjana keuntungan daripada simpanan emas sekiranya harga emas jatuh. Dari soal keselamatan, walau apa yang terjadi kepada syarikat berkenaan, simpanan kita tetap selamat kerana emas fizikal ada di tangan kita dan boleh dijual di mana mana kedai emas.
-
Apakah kriteria memilih emas terbaik untuk pelaburan?Apa jenama pun tak kisah. Kalau beli dengan tujuan pelaburan (untuk menjual pada harga lebih tinggi pada masa akan datang), kena pastikan 5 kriteria ini: Harga per gram rendah Spread ('susut nilai') nipis - supaya cepat dapat keutungan Stok tiada had - supaya kita berpeluang beli banyak ketika harga rendah Cawangan jual beli banyak - supaya memudahkan urusan Jaminan beli balik tanpa syarat yang cerewet - supaya mudah dijual pada harga tinggi
-
Apakah jenama emas yang terbaik di Malaysia?Ada banyak jenama emas di Malaysia. Tapi ini jenama emas pelaburan (emas fizikal) yang paling bereputasi di Malaysia dan bagus untuk 'pelaburan'. Public Gold - lebih 80% penyimpan emas di Malaysia memilih Public Gold. Ia jenama yang paling mudah dibeli, dan paling mudah dijual, serta diterima meluas oleh institusi ar-rahnu (mudah untuk dipajak). Kijang Emas (Maybank) UOB Bank - menjual emas pelbagai jenama antarabangsa Kuwait Finance House (KFH) Bank Muamalat - menjual emas jenama Perth Mint (Australia)
-
Apakah kelebihan memiliki emas Public Gold?Lebih 80% penyimpan emas di Malaysia memilih emas Public Gold. Ia menjadi jenama pilihan no. 1 di Malaysia kerana mudah dibeli, mudah dijual dan disahkan patuh syariah. Selain daripada itu, kelebihan emas Public Gold: Harga lebih murah sekitar 15% berbanding kedai emas. Spread yang rendah - 6% - 9% sahaja. Cawangan jual beli banyak - 16 cawangan di Malaysia, 5 cawangan di Indonesia. Boleh dibeli secara online 100% - transaksi boleh dibuat 24 jam sehari, dan Public Gold hantarkan terus emas kepada pembeli menggunakan servis pos berinsuran. Stok tiada had - boleh beli emas tanpa had walaupun ketika harga emas sedang jatuh. Jaminan beli balik - Public Gold jamin beli balik emas jenamanya pada harga tinggi walaupun emas tersebut calar, bengkok, ataupun kemek. Servis simpan emas percuma melalui Akaun Emas GAP - tak perlu bimbang di mana nak simpan emas yang dibeli. Rekod bersih - 100% pembeli emas Public Gold dapat emas yang dibeli; sejak mula beroperasi pada tahun 2008 hingga sudah lebih 1 juta penyimpan emas berdaftar.
-
Biarkan dalam akaun GAP vs keluarkan emas, mana lebih baik?Emas yang terbaik adalah emas fizikal yang disimpan sendiri kerana mudah dicairkan kepada wang tunai. Untuk mereka yang tinggal berjauhan dari cawangan Public Gold, emas dalam akaun GAP adalah lebih praktikal. Jika dalam keadaan terdesak, emas dalam akaun GAP boleh terus dijual dan duit terus dimasukkan ke dalam akaun bank tanpa perlu keluar rumah.
-
Emas kecil tapi murah, adalah berbaloi untuk dibeli?Tidak! Keuntungan simpanan emas bergantung kepada harga per gram dan bukannya harga jual. Contohnya, ada emas 0.01 gram dijual dengan harga RM15. Nampak murah tapi realitinya, anda perlu membeli 100 keping emas berkenaan untuk cukupkan 1 gram. Jumlah modal perlu dikeluarkan untuk miliki 1 gram emas : = RM15 x 100 = RM1,500. Sedangkan harga emas 1 gram di Public Gold hanyalah sekitar RM300 - RM400.
-
Jika ada bintik merah pada emas, adakah emas tipu?Tidak! Bintik merah atau dipanggil red spot adalah perkara biasa berlaku. Ketika proses penghasilan emas, kemungkinan ada partikel logam lain melekat pada permukaan emas. Selepas berapa ketika, partikel berkenaan akan teroksida menghasilkan bintik merah. Anda tidak perlu risau kerana red spot tidak akan menjejaskan nilai dan harga emas anda.
-
Bilakah waktu yang paling baik untuk beli emas?Waktu terbaik ialah bila ada duit untuk simpanan sekurang-kurangnya 2 tahun dan ke atas, dan sudah faham perkara paling asas tentang emas. Jangan tunggu harga terbaik, sebab tak siapa tahu bila harga emas paling rendah, kecuali harga tersebut sudahpun jadi sejarah. Dalam jangka pendek, harga emas memang ada turun naik. Tapi dalam jangka panjang, harga emas confirm akan naik disebabkan kuasa beli duit kertas yang sentiasa merosot. Untuk faham harga emas tinggi rendah, mulakan dulu dengan belian pertama sekurang-kurangnya 1 gram untuk dijadikan sebagai benchmark. Selagi emas fizikal ada di tangan, dan kita beli untuk simpanan jangka panjang, risiko kerugian sangat tipis.
-
Bilakah waktu yang paling baik untuk jual emas?Waktu terbaik jual emas ialah pada 3 keadaan; ada peluang tukarkan kepada aset yang lebih baik, seperti peluang beli rumah pelaburan di bawah harga pasaran, atau digunakan untuk rolling modal bisnes. sudah capai matlamat simpanan, seperti sampai waktu menunaikan haji, anak nak masuk universiti, atau cukup untuk dijadikan deposit membeli rumah, ada hal kecemasan, iaitu ketika mana duit simpanan kecemasan sudah habis.
-
Kalau nak pakai duit, di mana tempat terbaik jual emas?Tempat terbaik jual emas ialah tempat di mana kita membelinya. Kalau emas Public Gold, jual kembali kepada Public Gold. Kalau emas Poh Kong, jual kembali ke kedai emas Poh Kong. Ini kerana pengeluar asal akan membelinya pada harga yang lebih tinggi berbanding anda menjualnya di tempat lain.
-
Bolehkah jual emas jenama lain kepada Public Gold?Boleh. Public Gold menerima mana mana emas yang ingin dijual samada emas perhiasan atau emas 999 tanpa mengambil kira dari mana emas berkenaan dibeli. Hanya perlu daftarkan akaun untuk mendapatkan membership ID dan kemudian hadir ke mana mana cawangan Public Gold terdekat.
-
Adakah bagus jual barang kemas yang tak dipakai dan beli gold bar / dinar?Tidak digalakkan. Jual barang kemas hanya bila perlukan duit. Kalau jual barang kemas untuk beli gold bar, kita akan kerugian dua kali "spread" (potongan harga). Iaitu spread barang kemas (25% - 40%) dan spread gold bar yang baru dibeli (bawah 10%). Kalau simpan sahaja barang kemas tersebut, kita hanya dikenakan sekali "spread" sahaja.
-
Jual atau pajak, yang mana satu adalah lebih baik?Secara idealnya, penyimpan emas tegar tak jual emas mereka kecuali dalam 3 keadaan, iaitu: Untuk ditukarkan kepada aset yang lebih baik, Sudah capai matlamat simpanan, atau Ada hal kecemasan, sedangkan dana kecemasannya sudah habis. Selain daripada 3 keadaan ini, penyimpan emas tegar akan pajak emas mereka kalau perlukan tunai segera, dan akan tebus semula secepat mungkin dalam masa 6 - 12 bulan. Sekiranya anda tak mampu tebus emas tersebut dalam masa 6 - 12 bulan, pilihan terbaik ialah jual sahaja emas tersebut.
-
Emas besar atau kecil, mana yang lebih menguntungkan?Untuk pembelian emas fizikal secara terus (outright purchase), anda dinasihatkan untuk membeli emas 10 gram atau 1 dinar dan ke atas. Harga emas per gram bagi emas berkenaan lebih jimat dan murah berbanding 'small item' seperti 5 gram, 1 gram, 1/2 dinar, 1/4 dinar. Kos pengeluaran untuk small item adalah jauh lebih tinggi berbanding emas 10 gram atau 1 dinar dan ke atas. Jika anda mahu dapatkan small item, beli melalui akaun GAP dan keluarkan emas berkenaan dari akaun GAP anda.
-
Adakah berbaloi kalau pajak emas sedia ada untuk beli lagi emas yang baru?Dalam banyak keadaan, ianya tak berbaloi. Bahkan risiko rugi lebih besar berbanding potensi keuntungan. Ini disebabkan kos pajakan ar-rahnu yang mahal iaitu sekitar 1.15% sebulan atau 13.8% setahun. Sedangkan harga emas naik sekitar 10% sahaja setahun kalau berdasarkan sejarah 20 tahun harga emas.
-
Berapa banyak wang tunai yang akan saya dapat jika saya pajakkan emas saya?Pajak gadai di Ar Rahnu bermaksud membuat pinjaman wang tunai dari Arrahnu dengan mencagarkan emas sebagai jaminan bayar balik. Jumlah pinjaman adalah bergantung kepada Arrahnu yang anda pilih. Kebiasaannya jumlah pinjaman adalah antara 60% ke 80%. Sebagai contoh, anda pajakkan emas 10 gram anda kepada Arrahnu KDE (anak syarikat Public Gold) ketika nilai emas semasa emas berkenaan adalah RM3000. Jumlah pinjaman anda akan terima : = 80% x RM3,000 = RM2,400 Tempoh bayaran semula juga bergantung kepada Arrahnu anda pilih. Contohnya untuk Arrahnu KDE, tempohnya adalah 6 bulan (boleh lanjutkan tambahan 2 bulan) Kadar upah juga bergantung kepada Arrahnu pilihan anda. Untuk Arrahnu KDE, kadar upah adalah 1%. Upah : = 1% x RM3,000 = RM30 sebulan.
-
Bagaimana cara untuk mendaftar sebagai ahli Public Gold?Untuk mendaftar sebagai ahli Public Gold, klik butang di bawah dan ikut tutorial di sediakan.
-
Berapa bajet paling minimum untuk memulakan simpanan emas?Dengan Public Gold, boleh mula menabung emas dengan bajet serendah RM100 melalui Akaun Emas GAP. Dan boleh tambah tabungan pada bila-bila masa dengan bajet RM100 setiap kali belian. Tidak ada syarat wajib beli setiap bulan. Item paling kecil boleh dikeluarkan dari Akaun GAP ialah gold bar 1 gram (berketulenan 999.9).
-
Bolehkah saya mendaftar akaun tanpa introducer?Boleh tapi urusan anda akan menjadi lebih susah dan rumit. Fungsi introducer adalah untuk membimbing anda cara berurusan dengan Public Gold dan membantu anda sekiranya terdapat masalah pada akaun atau tempahan anda. Tanpa introducer, transaksi simpanan anda mungkin akan terganggu. Selain itu, introducer juga akan membimbing anda dari sudut ilmu emas dan kewangan bagi mengelakkan anda melakukan kesilapan yang merugikan.
-
Adakah saya perlu hadir ke cawangan Public Gold untuk mendaftar akaun?Tidak perlu. Semua urusan adalah secara atas talian melalui bimbingan seorang introducer. Cawangan Public Gold hanya dibuka untuk urusan jual atau pajak emas fizikal dan tuntutan emas fizikal dengan berat melebihi 21.25gram.
-
Bolehkah beli terus secara walk-in di branch Public Gold terdekat?Public Gold tidak menerima pembelian secara walk-in. Untuk keselesaan lebih 1 juta pelanggan, branch Public Gold hanya berikan servis untuk pelanggan yang ingin collect item emas bersaiz besar (yang tidak boleh dihantar melalui GIT i.e. pos berinsuran), iaitu item 50 gram / 10 dinar (42.5 gram) ke atas. Untuk datang collect emas, kena order, buat pembayaran, dan set appointment terlebih dahulu. Untuk item kecil (item 5 dinar / 20 gram ke bawah), Public Gold akan pos terus dari HQ Penang menggunakan servis Gold-in-Transit (GIT).
-
Adakah penghantaran emas secara pos berinsurans di Public Gold selamat?Ya. Public Gold jamin emas tersebut selamat sampai kepada pelanggan atau digantikan yang dengan baru sekiranya berlaku kehilangan. Setiap parcel dilindungi insuran 100%. Limit berat emas dalam satu parcel ialah 21.25 gram (bersamaan dengan 5 dinar)
-
Apa perlu dilakukan jika emas yang dihantar melalui pos berinsuran hilang?Sekiranya berlaku kehilangan semasa proses penghantaran emas, sila maklumkan kepada introducer anda secepat mungkin. Introducer anda akan membantu anda untuk membuat 'report' kepada Public Gold. Emas yang baru akan dihantar kepada anda. Anda tidak perlu berhubung dengan pihak courier kerana Public Gold akan uruskan proses tuntutan insurans sepenuhnya.
-
Kalau nak pakai duit, bagaimana cara nak jual balik emas Public Gold?Untuk emas fizikal yang ada di tangan, bawa sahaja emas tersebut ke mana-mana branch Public Gold terdekat. Boleh terus walk-in tanpa perlu membuat appointment. Untuk emas yang masih ada di dalam Akaun Emas GAP, jualan emas boleh dilakukan melalui aplikasi sahaja. Public Gold akan terus masukkan duit ke dalam bank akaun anda dalam masa 2 - 3 hari bekerja.
-
Macam mana cara nak pastikan ketulenan emas yang dijual oleh Public Gold?Setiap kepingan emas Public Gold didatangkan bersama sijil ketulenan yang disahkan oleh assayer (penilai) bebas. Kalau mahu, boleh minta staff Public Gold uji ketulenan emas yang dibeli menggunakan "densimeter". Caj perkhidmatan dikenakan untuk setiap emas yang diuji tersebut. Sejak mula beroperasi pada tahun 2008, belum ada sebarang laporan tentang isu ketulenan emas keluaran Public Gold.
-
Bagaimana cara untuk membuka Akaun Emas GAP?Untuk mendaftar akaun emas GAP, klik butang di bawah dan ikut tutorial yang disediakan.
-
Emas fizikal atau Akaun Emas GAP, yang mana lebih baik?Simpanan emas terbaik ialah emas fizikal yang ada di tangan kita sendiri. Ia lebih terjamin. Cuma untuk pastikan kita menabung secara KONSISTEN, saya lebih suka Akaun Emas GAP. Ia lebih mudah, dan lebih fleksibel. GAP juga emas fizikal. Kita boleh menabung dengan bajet serendah RM100. Bila cukup gram dan nak keluarkan emas fizikal untuk simpan sendiri, boleh minta Public Gold poskan pada bila-bila masa.
-
Berapa caj simpan emas dengan Public Gold?Percuma. Tiada sebarang caj, tiada had masa, tiada limit jumlah emas yang boleh kita simpan di dalam Akaun Emas GAP.
-
Berapakah umur paling minimum boleh buka Akaun Emas GAP?Bayi yang sudah ada dokumen sijil daftar kelahiran (surat beranak) sudah boleh bukan Akaun Emas GAP. Untuk anak-anak yang belum cukup 18 tahun, boleh buka Akaun GAP Junior. Iaitu akaun bersama dengan ibu, atau bapa, atau penjaga yang sah.
-
Kalau nak pakai duit, macam mana cara nak jual balik emas GAP?Kalau emas masih di dalam Akaun Emas GAP, login aplikasi "Public Gold", klik butang "Sell". Duit akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank anda dalam masa 2 - 3 hari bekerja.
-
Macam mana cara keluarkan emas fizikal dari Akaun GAP?Login aplikasi > tekan butang "Withdraw". Bagi item kecil (bawah 5 dinar / 20 gram), minta Public Gold poskan. Setiap parcel dilindungi insuran 100%. Limit berat emas dalam satu parcel 21.25 gram (bersamaan 5 dinar). Sekiranya nak keluarkan item besar (10 dinar / gold bar 50 gram dan ke atas), boleh buat appointment untuk keluarkan di branch Public Gold terdekat. NOTA : Untuk pengeluaran emas fizikal, disarankan supaya tinggalkan baki minimum 1 gram dalam akaun supaya akaun kekal aktif. Kalau keluarkan semua (tinggal baki kosong), akaun dianggap 'tutup' sama macam akaun bank. Bila nak aktifkan semula, dikenakan yuran pengaktifan RM50.
-
Adakah Public Gold bayarkan zakat bagi emas yang disimpan dalam Akaun GAP?Tidak. Setiap penyimpan emas kena keluarkan zakat sendiri sekiranya jumlah emas yang disimpan sudah cukup haul dan nisab. Sila rujuk kiraan zakat di https://www.zakat.com.my
-
Adakah simpan emas GAP dikenakan zakat?Ya, jika cukup haul (tempoh setahun hijrah) dan nisab (minimum 85 gram). Emas GAP adalah sempurna milik. Ia perlu dikira sama seperti emas yang disimpan sendiri. Bila nak kira zakat, kena jumlahkan kesemua emas yang disimpan sendiri + Akaun GAP. Cara pengiraan zakat emas, sila rujuk website https://www.zakat.com.my/info-zakat/jenis-jenis-zakat/zakat-emas
-
Jika pemilik Akaun GAP meninggal dunia, apa akan terjad kepada emas beliau?Waris terdekat boleh tuntut emas dalam simpanan GAP. Waris hanya perlu hadir ke branch Public Gold terdekat, serahkan dokumen berikut: Surat Kematian Surat kuasa pentadbir harta pusaka dari mahkamah IC pewaris Surat pengesahan hubungan dengan si mati i.e. Sijil Nikah, Sijil Kelahiran Public Gold ikut prosedur biasa urus harta si mati, sama macam duit dalam akaun bank.
-
Siapakah yang boleh menjadi dealer Public Gold?Sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas dan memiliki akaun Public Gold boleh menjadi dealer Public Gold. Syaratnya, anda perlu upgrade akaun anda kepada akaun dealer dengan membuat pembelian emas mengikut harga promosi ditetapkan dan hadir ke training disediakan Public Gold.
-
Apakah keuntungan menjadi dealer Public Gold?Dealer dibayar insentif (komisyen) atas belian sendiri, dan atas pembelian setiap customer yang dia introduce (register). Dealer boleh dapat keuntungan dalam apa juga keadaan harga emas. Selain untung atas kenaikan harga emas, dealer untung atas setiap transaksi yang dibuat oleh pelanggan yang berjaya dibimbing dan didaftarkan dengan Public Gold. Klik butang di bawah untuk maklumat lanjut.
-
Bagaimana cara untuk menjadi dealer Public Gold?Ini syarat jadi dealer Public Gold (PG); Tanpa promosi : Beli emas 200 gram dalam 1 invois, free jadi dealer. Promosi : Kadang-kadang ada promosi beli set emas berjumlah sekitar RM15k +/- sudah layak jadi dealer. Wajib join 2 training untuk layak upgrade jadi dealer, iaitu PLT (PG Leadership Training) dan NDO (New Dealer Orientation). Kedua-duanya dijalankan secara online.
-
Sekiranya berlaku kematian, apa akan terjadi kepada perniagaan saya?Sekiranya berlaku kematian kepada dealer Public Gold, akaun dan perniagaan beliau akan diwariskan kepada ahli keluarga terdekat. Walaupun anda sudah tiada, pendapatan akan terus mengalir ke dalam akaun anda selagi mana ahli yang anda bimbing masih menabung emas. Pendapatan berkenaan akan terus diterima dan dinikmati oleh waris terdekat anda.
-
Saya tiada pengalaman berniaga, bolehkah saya berjaya dalam Public Gold?Boleh! Public Gold sentiasa menjalankan training untuk dealer setiap bulan yang disampaikan oleh dealer dealer berpengalaman dan terbukti sudah berjaya. Asalkan anda hadirkan diri ke training, ambil tahu apa orang yang sudah berjaya tahu dan buat apa orang yang sudah berjaya buat, anda juga boleh berjaya seperti mereka.
-
Apakah training yang disediakan untuk dealer Public Gold?Public Gold khususnya team G100 sentiasa menjalankan training secara online melalui zoom meeting atau facebook live iaitu, TRAINING BULANAN : 1- New Dealer Orientation (NDO) - Pengenalan dan update terkini tentang sistem Public Gold. - Setiap Sabtu minggu kedua. 2- PG Leadership Training (PLT) - Membina mindset business yang betul dan kaedah marketing - Setiap Sabtu minggu pertama. TRAINING MINGGUAN : 1- Weekly Group Coaching - Sesi bimbingan secara personal. - Setiap Ahad malam. 2- G100 Talkshow - Perkongsian ilmu tentang emas dan kewangan. - Setiap Rabu malam. 3- Weekly Business Meeting - Perkongsian ilmu marketing - Setiap Ahad malam.
-
Bagaimana cara pembayaran insentif dan komisen Public Gold?Insentif anda akan dikira secara bulanan dari 1 hari bulan hingga ke hari terakhir dalam bulan berkenaan. Pembayaran insentif akan dibuat pada setiap 20 hari bulan pada bulan berikutnya. RM100 pertama akan dimasukkan ke dalam C wallet akaun PGmall anda. Selebihnya akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank anda.
-
Adakah saya perlu kejar target jualan tertentu jika saya menjadi dealer?Tidak! Public Gold tidak letakkan apa apa target jualan kerana tiada paksaan dalam Public Gold. Anda sendiri boleh letak target jualan berdasarkan berapa banyak income anda ingin capai. Jika anda buat dengan bersungguh sungguh, anda berpotensi untuk capai pendapatan hingga 5 ke 6 angka sebulan.
-
Saya sudah bekerja, bolehkah saya jalankan perniagaan Public Gold secara sambilan?Boleh! Kebanyakan dealer Public Gold bermula secara sambilan. Dengan sistem training dan pembelajaran yang kami sediakan, sekiranya anda betul betul ikut, anda berpotensi untuk capai income RM5,000 ke RM10,000 sebulan dalam masa 2 tahun. Kebanyakan dealer yang sudah berjaya mencapai income berkenaan mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjalankan perniagaan Public Gold secara full time untuk mencapai 'time freedom'